Thursday, 11 August 2011

BAHAYA USTAZ PAS (USTAZ MEE SEGERA!)

Kepada pembaca, anda faham apa itu mee segera? Pasti ramai yang faham bukan, satu makanan segera yang amat mudah dimasak. Dalam 2 minit dah masak dan boleh dimakan. Cuma makanan segara ni tidak baik untuk kesihatan kerana ada bahan pengawet, rencah yang tak berkualiti dan msg sebagai penyedap.


Mc bukan nak bercerita tentang makanan, cuma ini gambaran untuk makanan segera, bagaimana pula dengan ustaz-ustaz segera yang berada di masyarakat kita sekarang? Mungkin ada yang sedar dan ada yang tidak.

Ustaz-ustaz ala mee segera ni amat mudah untuk didapati. Semakin bersepah didalam masyarakat kita. Ia seperti juga mee segera, benda segera ni memang banyakla keburukannya dari kebaikkan.

Bukan Mc nak menghina orang yang pangkat ustaz. Mc cuma nak pembaca dan masyarakat menjauhi ustaz-ustaz mee segera yang tidak mempunyai tauliah ustaz, tetapi lagaknya pandainya Masyallah. .serupa belajar di Al-Azhar daa.

Ustaz-ustaz begini banyak dalam Pas, maunya tidak. Tandatangan borang Pas, pakai lebai atau kopiah, pergi masjid 4 atau 5 kali, mengadap terlopong mulut kat ceramah Pas, takbir tak tentu hala, tiba-tiba esok naik pentas cakap pasal agama. pehh. .tak segera ka nama dia tu.

Ustaz segera yang maksudkan ini sebenarnya golongan yang berlagak alim dan kononnya pandai dalam agama, sedangkan jika diselidik latar belakangnya. Sekolah Menengah pun tak lepas, kursus tauliah dan pengajaran agama Islam pun tak pernah pergi tapi bersyarah bukan main terer, hentam sana, hentam sini, kiranya bab agama dia sorang saja la pandai, orang lain semuanya tak betul, dahsyat-dahsyat.

Bila dalam masyarakat, golongan ni yang pakai lebai dok lepak kat kedai kopi sambil main dam atau dok belek tiket ekor (4D), pastu dok kutuk sana-sini, itu tak betul, ini tak betul.

Golongan ustaz segera ni di peringkat pemimpin pula lagi bahaya. Bila sesuatu isu keluar kita akan lihat golongan ustaz-ustaz segera ni la yang akan bagi fatwa yang bukan-bukan dulu. Biasa la tin kosong akan berbunyi kuat dari tin yang penuh. Kosong serupa otak mereka juga.

Contoh ustaz-ustaz segera ni serupa Mat Sabu, Mahpuz, Akhil Hayz, dan banyak lagi dalam puak Pas. Tauliah agama takdak, tapi bab agama, mereka ni memang pakar. Mufti atau tokoh agama yang dilantik pun kalah. Apa mereka cakap semuanya betul tak pernah la dia kata tak betul.

Oleh itu Mc harap masyarakat Malaysia lebih cerdik memilih yang mana intan yang mana kaca, yang mana tokoh agama sebenar dan yang mana ustaz segera. Mufti Perak Dr. Harussani, Ustaz Jamil Khir Baharom, Ustazah Mashitah dan ramai lagi tokoh yang dilantik merupakan tokoh agama yang sebenar dilantik oleh kerajaan dan mempunyai tauliah untuk mengajar agama.

Jauhkan diri dari ustaz mee segera kerana mereka ini pemusnah masyarakat dengan dakwah mereka yang songsang dan syok sendiri, dakwah mereka hanya untuk kuasa, duit dan parti Pas semata-mata.

sumber: kedahkekl

Murtad Di Selangor: Apa Teruk Sangat PAS?



PAS memang parti teruk, parti busuk, parti munafik dan segala apa macam yang teruklah, tapi tak sangka sungguh PAS menyokong habis cubaan puak kristian untuk memurtadkan orang melayu di Selangor – seperti di Gereja Methodist Damansara Utama.


Apa dah jadi ni lebai?


Benar, PAS bukan lagi sebuah parti Islam, itu kita sedia maklum, tapi walaupun dah bertukar jadi parti kebajikan, itu tidak bermakna PAS perlu sampai ketahap membiarkan puak kristian yang mahu nak menyebarkan agama Kristian di kalangan orang Islam.


Apa yang berlaku di Damansara itu, perlu diambil berat. Terang-terang ia menyalahi perlembagaan Malaysia dalam maksud menyebarkan agama bukan Islam dikalangan orang Islam. Tak payah perlembagaanlah, dari segi agama pun, apa yang dibuat di Damansara Utama itu perlu dikutuk.


Miskin macam mana pun, takkanlah sampai sanggup menggadaikan agama sendiri. Kata di Selangor tu segala macam kebajikan untuk rakyat yang tidak ada di negeri lain (terutama yang diperintah UMNO), tapi kenapa orang susah sampai ikut ajaran kristian demi DUIT!!!!!


Terang-terang antara yang ditahan mengakui mereka menerima wang setiap bulan dari pihak gereja, diberikan bible dalam bahasa melayu dan diminta mengikuti acara keagamaan yang diadakan pihak gereja sebagai balasan bantuan yang diberikan.




Itupun PAS menyokong? Kita tak faham betul dengan PAS sekarang dan pendirian apa yang dipilihnya. Masih tak boleh nak membezakan antara majlis biasa dengan majlis keagamaan. Belum apa-apa JAIS dah dikondem, pihak kristian yang menjalankan upacara keagamaan itu tak pulak nak disergahnya.


Penulis tak faham, kenapa pertemuan Datuk Sri Najib dengan Pope John di Vatican City menjadi isu untuk menjustifikasi kejadian di Damansara Utama. Pertemuan itu tidak ada kaitan dengan menyebarkan agama sesiapa kepada sesiapa yang lain. Itu pertemuan diplomasi yang bukan Datuk Seri Najib saja pemimpin Islam yang pernah melakukannya.


Disinilah jahatnya PAS dalam berpolitik. Betul salah semua dia tak kira, dilanggarnya saja semacam.


Contoh di Selangor ini adalah peringatan kepada kita semua kenapa PAS perlu ditolak. PAS tidak lagi memperjuangkan Islam itu satu hal tapi membiar dan menyokong agama lain disebarkan dikalangan orang Islam? Itu sudah melampau.


Entah kenapa, apa yang berlaku di Selangor membuatkan kita menyirap saja tengok pemimpin PAS. Daripada radikal kepada pengecut, transformasi parti yang satu ini memang menyakitkan hati ramai orang.


Sampai masanya sesuatu dibuat ke atas DAP dan PAS yang sama-sama bertanggungjawab dalam hal di Damansara Utama. Kalau perlu dihapuskan kedua parti ini dari muka bumi, dihapuskan saja. Nakberpolitik tu berpolitik sajalah, menyimpang ke lain pulak dia. - MYKMU

Monday, 1 August 2011

Alim???



Masyarakat melayu mudah tertarik dengan penampilan seseorang yang nampak alim dan warak. pakai saja serban, kopiah dan tudung labuh, terus orang itu dilabelkan alim. walaupun hakikatnya ilmu dan amal orang itu tidaklah setara mana, tapi kerna baiknya penampilan dia, maka diangkat setingginya hatta ke taraf ulama, ustaz dan ustazah.


Sebenarnya, amalan memakai kopiah, serban ini adalah sunnah. dapat pahala jika diamalkan. malangnya, penampilan sebegini dah dibusukkan dengan sikap yang ditunjukkan si pemakainya; mereka jua yang bermulut busuk mencaci maki, menipu, memfitnah, menyonglap duit derma dan sebagainya. ada juga sebilangan artis yang baru saja mau bertaubat, terus berlagak ala-ala ulama kampung yang menghentam sana sini..


Ini bukanlah Islam yang nabi ajar...


Mereka ini adalah golongan munafik yang hanya berpura-pura alim. Golongan munafik inilah yang sebenarnya memalukan imej Islam. mereka merasakan diri mereka saja yang betul. seolah-olah Islam itu hak mereka. Mereka memperdaya bangsa Melayu dengan hujah-hujah agama yang mudah saja keluar daripada mulut mereka. Walhal, merekalah yang sebenarnya adalah perosak agama di atas nama agama.


Pesanku, berkopiah serbanlah, bertudunglah, tutup aurat kita seikhlasnya. "Sesungguhnya solat ku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan semesta alam"